Selamat Datang..

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Kemahiran Hidup Bersepadu Team

EN. NIK MOHAMAD ROSDI BIN BIN RAJA MAHMOOD
SK SATU, TAPAH

EN. MOHD AINI BIN MAT LAHAM
SK SERI LANGKAP

EN. SHUKRAN BIN ABD RAHMAN
SMK DATO' SAGOR, LANGKAP

PN. SATYAPRIYA A/P KUMAR
SJKT SITHAMBARAM PILLAY, TELUK INTAN

CIK NORHUSNA BINTI ALIAS
SMK CHENDERIANG, TEMOH

Apakah Kemahiran Hidup?

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.

Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Bab 1 : Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Pengurusan Organisasi dan Bengkel Keselamatan

  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
  2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

Struktur Organisasi Bengkel

  1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.


Langkah Keselamatan (Amalan 4M)

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Membersih

  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi

Menyusun Atur

  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Menilai Diri dan Tempat Kerja

  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.

Mendisiplin

  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Keselamatan Am

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Keselamatan Bengkel

  • Lantai tidak licin.
  • Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru.
Keselamatan Diri

  • Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel.
  • Memakai apron dan kasut getah.

Keselamatan Alatan

  • Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak.
  • Gunakan alatan mengikut fungsinya.
Keselamatan Penggunaan Elektrik

  • Pastikan tangan tidak basah.
  • Jangan menggunakan peralatan yang rosak.

Pengelasan Alat Pemadam Api

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

Kelas A (Jenis cair)

  • Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas.

Kelas B (Jenis buih)

  • Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat.

Kelas B dan C (Jenis karbon dioksida)

  • Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya.

Kelas A, B, C (Jenis serbuk kering)

  • Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

Etika dan Budaya Kerja

Posted by Kemahiran Hidup Bestari / Category:

  1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.
  2. Etika kerja termasuk menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh.
  3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja.